Monday, October 5, 2009

FOR "E-RAH"

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Friends Comments

I AM ......

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

Thursday, October 1, 2009

Transfomasi


Assalamualaikum...
Ha...korang dah nampakkan perubahan dlm blog wanie...
korang puas hati x ni?...
kalau x puas hati wanie cantikkan
lagi blog wanie...hi x3
19

Wednesday, June 24, 2009

kunjungi blog sy agi okey...


ellow semua....time kaseh kane dh kunjungi blog wanie...

arap kowang akan kunjungi lagi blog wanie terutama skali

sahabat terdekat wanie....

Tuesday, June 23, 2009

jom..

Skrg sy dah ubah blog sy..jdi..selalu2 la kunjung blog sy....bru best....
jngn lupe laen kali kunjung lagi blog sy...

Tuesday, December 23, 2008

SYURGA DI TAPAK KAKI IBU - TAATI IBUBAPA.

Bunuh Diri Kerana Merajuk.

KULIM: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati dalam keadaan terjerut dengan seluar panjang, dipercayai merajuk selepas dimarahi ibunya di sebuah taman perumahan di Lunas, dekat sini, semalam.Mangsa berusia 12 tahun yang memperoleh 3A 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik oleh adiknya.Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika kanak-kanak itu bersama tiga adiknya bermain di dalam rumah manakala ibu mereka berada di dapur.Katanya, ketika bermain, mangsa dipercayai bergaduh dengan seorang adiknya lalu dimarahi ibunya menyebakan dia masuk ke biliknya.
Ibu mangsa kemudian menyuruh anak perempuannya yang berusia 10 tahun memanggil mangsa selepas curiga kerana dia tidak keluar bilik selepas kira-kira sejam berkurung.
Bagaimanapun, budak perempuan itu terkejut apabila menemui abangnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan sepasang seluar panjang terjerut di leher di atas katil dua tingkat dalam bilik.Adik perempuan mangsa memaklumkan kepada ibunya yang kemudian memanggil jiran lalu membawa kanak-kanak itu ke Pusat Kesihatan Lunas. Bagaimanapun, mangsa disahkah meninggal dunia.Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan setakat ini, polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kematian mengejut.Sementara itu, seorang bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sikap pelik dan tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.“Mangsa sempat bersalaman dengan ahli keluarga termasuk datuknya ketika menghadiri kenduri kahwin di Grik, Perak, semalam (kelmarin) dan dia kelihatan riang,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintedan Ghuzlan Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Saturday, December 13, 2008

PESANAN IBU


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian, Adakah.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"